awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh persendirian wajib daftar dengan JKM - Persatuan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
23/07/2018
07:09 MYT
Pengasuh persendirian wajib daftar dengan JKM - Persatuan
Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan pengasuh persendirian berdaftar di bawah JKM. - Gambar hiasan
Pengasuh persendirian perlu diwajibkan untuk mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah, pengasuh persendirian yang berdaftar berpeluang mengikuti kursus asas latihan yang telah ditetapkan oleh JKM.
“Berdasarkan kes-kes sebelum ini, tragedi malang itu kebanyakannya berlaku di bawah jagaan pengasuh persendirian yang tidak terlatih dan tidak berdaftar.
“Jadi, ini yang memberi tekanan kepada kami sebagai pusat asuhan berdaftar, kerana menjadi mangsa keadaan perbuatan pengasuh persendirian yang tidak berdaftar dan beroperasi seperti biasa.
“Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, pengasuh persendirian yang memberi perkhidmatan asuhan di rumah perlu mendapatkan lesen dan latihan yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Isnin.
Tambah Norsheila, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan pengasuh persendirian ini berdaftar di bawah JKM.
BACA: Akta berkaitan penjagaan kanak kanak akan diperketatkan - TPM
BACA: Pengasuh persendirian perlu diberikan kursus kemahiran, lesen sah
BACA: Perlu ada akta terhadap pengasuh di rumah - Pakar
“Sudah tiba masanya ibu bapa juga mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang dengan memastikan pengasuh persendirian ini didaftarkan di bawah JKM.
“Justeru, ibu bapa perlu menyalurkan informasi seperti di mana dan pada siapa (pengasuh), mereka hantar anak-anak mereka, kepada JKM,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika minta mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan melihat kembali akta melibatkan kanak-kanak, termasuk peraturan yang berkaitan bagi mengurangkan kes kematian akibat kecuaian pusat asuhan.
Topic Berkaitan
#daftar
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#kecuaian
#Norsheila Abdullah
#pengasuh persendirian
#Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
#PPBM
#presiden
#pusat asuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan