awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh tular dera bayi direman

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
16/05/2023
04:02 MYT
Pengasuh tular dera bayi direman
Wanita berkenaan diiringi polis di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh pusat jagaan kanak-kanak (taska) direman empat hari bagi membantu siasatan kes mengasari dua bayi di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Johor Bahru.
Wanita berusia 21 tahun itu direman bermula hari ini hingga 19 Mei depan selepas kebenaran reman dikeluarkan Majisteret R Salini di Mahkamah Majisteret Johor Bahru, pagi ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata wanita itu ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada jam 2 pagi tadi.
[TERKINI] Kes mengasari bayi: Pengasuh direman empat hari
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah tadika yang berada di kawasan Mutiara Rini.
Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berumur 11 bulan dan kanak-kanak lelaki berumur 9 bulan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan warga tempatan mengasari dua bayi dengan menepuk kepala mangsa dan meniup muka mangsa yang sedang menangis.
Topic Berkaitan
#pengasuh
#dera bayi
#taska
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan