awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengauditan 1MDB: 'Laporan The Malay Mail Online tidak berasas' - PAC

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
02/02/2016
05:59 MYT
Pengauditan 1MDB: 'Laporan The Malay Mail Online tidak berasas' - PAC
HASAN: Jabatan Audit Negara akan tetap membentangkan laporan akhir terhadap pengauditan 1MDB pada Februari ini.
Datuk Hasan Arifin menyatakan kekesalannya dengan sebuah portal berita yang hari ini mendakwa Jabatan Audit Negara gagal menepati tarikh pembentangan laporan akhir terhadap pengauditan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, laporan di dalam The Malay Mail Online itu "tidak berasas dan tidak bertanggungjawab" serta bertujuan untuk "merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC" dan Jabatan Audit Negara.
"PAC menegaskan bahawa Jabatan Audit Negara akan tetap membentangkan laporan akhir terhadap pengauditan 1MDB pada Februari ini.
"Sehubungan itu, PAC mahu dan meminta semua pihak supaya menyakini dan percaya terhadap Jawatankuasa ini.
BACA: 1MBD: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
"Lagipun Jawatankuasa ini dianggotai ahli terdiri daripada pelbagai parti termasuk parti pembangkang, tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berasaskan kepada maklumat yang tepat dan benar," kata Hasan dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, PAC turut kesal dengan pihak Peguam Negara Switzerland yang memilih untuk memberi maklumat kepada media berhubung dengan 1MDB.
BACA: 1MDB: Ahmad Zahid tegur Peguam Negara Switzerland buat kenyataan terbuka
"Seharusnya, pihak berkuasa negara berkenaan terus berurus dengan kerajaan Malaysia. Membuatkan kenyataan di akhbar boleh menimbulkan banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat," katanya.
Menurut laporan portal berita itu, Jabatan Audit Negara didakwa gagal menepati tarikh akhir Februari untuk membentangkan laporannya mengenai 1MDB.
Memetik kata-kata sumber, laporan itu berkata pembentangan itu dijangka dibuat hanya di akhir bulan Februari atau mungkin pada bulan Mac.
BACA: 1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland
Topic Berkaitan
#Hasan Arifin
#Jabatan Audit Negara
#Malay Mail Online
#PAC
#siasatan 1mdb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan