Kerjaya sebagai pengawal keselamatan memerlukan semangat dan nilai tanggungjawab yang tinggi memandangkan tugas berat yang perlu digalas mereka.
Pengerusi Eksekutif DNS Security Sdn Bhd, Lt Kol (B) Datuk Dul Ngajis Amat Sapeni, kejadian yang berlaku di Pulau Pinang perlu disiasat dengan jelas memandangkan terdapat banyak faktor yang memungkinkan ia berlaku.
"Saya tidak menafikan kesemua syarikat pengawal keselamatan melakukan yang terbaik dalam menapis pekerja mereka.
"Mungkin berlaku tapisan yang tidak memenuhi syarat dilakukan yang memungkinkan suspek diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.
Tambah Dul Ngajis, kes yang berlaku (di Pulau Pinang) amat memalukan sektor keselamatan.
"Tugas pengawal keselamatan seharusnya menjadi seorang pelindung.
"Untuk menjadi pelindung seharusnya mereka dihormati dan disegani sebagai seorang yang mampu menjaga harta benda serta nyawa manusia daripada sebarang ancaman.
"Kalau dah tahap merogol, itu bukan pelindung. Jangan dengan kes ni menyebabkan kerjaya pengawal keselamatan jadi bahan celaan masyarakat," tambahnya.
Terdahulu, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mengarahkan siasatan ke atas syarikat keselamatan yang membekalkan pekerja ke salah sebuah sekolah di Teluk Kumbar selepas salah seorang pelajar perempuan di situ ditemui mati di rumah keluarganya pada Ahad.
Hilal Azmi
Tue Oct 27 2015
Terdahulu, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mengarahkan siasatan ke atas syarikat keselamatan yang membekalkan pekerja ke salah sebuah sekolah di Teluk Kumbar yang kini ditahan mengakibat pembunuhan salah seorang pelajarnya. - Gambar Fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pengawal keselamatan harus jadi pelindung - Pakar keselamatan
Kerjaya sebagai pengawal keselamatan memerlukan semangat dan nilai tanggungjawab yang tinggi memandangkan tugas berat yang perlu digalas mereka.