NATIONAL
Pengawal keselamatan maut ditetak kerana selisih faham

Lokasi kejadian pengawal keselamatan maut ditetak rakan di Taman Intan Baiduri, pada Ahad. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut ditetak rakannya di Taman Intan Baiduri, di sini, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang pengawal keselamatan berusia 44 tahun maut selepas ditetak oleh rakannya dalam kejadian di Taman Intan Baiduri pada malam Ahad.
- Pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham selepas mangsa dan suspek minum bersama di hadapan sebuah kuil sebelum suspek kembali dan menetak mangsa.
- Polis tiba di lokasi dalam masa tiga minit selepas menerima laporan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ahmad Sukarno berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke sebuah kuil, sebelum minum bersama sekumpulan lelaki di hadapan rumah ibadat itu.
"Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa,” katanya.
Beliau berkata, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami