Skip to main content

Malaysia

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan sehingga Jun 2021 - Kementerian Kewangan

51536659459_Protonlogo.jpg
KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Dis ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan pengecualian cukai jualan penuh dilaksanakan ke atas kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD).

"Pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV import baharu dan import terpakai (CBU)," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu bermula 15 Jun dan akan berakhir pada 31 Disember 2020.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video