PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan inisiatif pengecualian dan pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa kepada penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan, demikian menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi menyokong kelangsungan perniagaan.
Mengenai inisiatif kepada penyewa tanah Persekutuan, Shamsul Anuar berkata pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50 peratus itu membabitkan bayaran sewaan bagi tempoh empat bulan bermula 1 Sept 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada seramai 259 penyewa yang diluluskan sepanjang Mac hingga Ogos tahun lepas.
"Pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh enam bulan mulai 1 Jan 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa," katanya.
Bagi urusan penyewaan ruang dan premis di bangunan Persekutuan pula, Shamsul Anuar berkata pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan bagi tempoh empat bulan mulai 1 Sept 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada penyewa yang telah diluluskan sepanjang Mac hingga Ogos 2020.
"Pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh enam bulan mulai 1 Jan 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa," katanya.
Shamsul Anuar berkata penyewa premis milik kerajaan Persekutuan seperti taska, kafeteria dan kedai serbaneka yang beroperasi hendaklah merujuk dengan pihak Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) masing-masing bagi pelaksanaan keputusan itu.
"Inisiatif pengecualian dan diskaun bayaran sewa ini diberikan untuk membantu penyewa tanah dan premis kerajaan Persekutuan agar dapat menyusun semula strategi perniagaan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kestabilan perniagaan mereka," katanya.
Pada 27 Mac tahun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berkata, premis milik kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria diberi pengecualian sewaan selama enam bulan, termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Shamsul Anuar berkata, lanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam PERMAI. - Gambar fail
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
PKP 3.0: Keputusan lanjutan diketahui hari ini
Status perkara itu dipercayai akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.
Rakyat Malaysia di luar negara dapat lanjutan tempoh sah pasport 2 tahun
Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) mereka selama dua tahun.
Singapura lulus syarat baharu penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech
Syarat penyimpanan baharu itu diluluskan pada 20 Mei selepas kajian menyeluruh terhadap permohonan dan data tambahan dikemukakan Pfizer.
Pengecualian, diskaun 50 peratus bagi penyewa tanah, bangunan Persekutuan dilanjutkan
Lanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
COVID-19: Jerman lanjut sekatan pergerakan sehingga 7 Mac
Canselor Angela Merkel berkata tindakan pencegahan yang ketat didapati berkesan mengurangkan jumlah jangkitan baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
PKPD: Keadaan di PPR Mutiara Kasih, Taman Khazanah Indah terkawal
Menurut polis, tiada sebarang kekerasan berlaku dan semuanya dalam keadaan terkawal.
COVID-19: Penutupan SK Lekir dilanjut hingga 26 Okt
Lanjutan penutupan hingga 26 Okt itu berikutan masih terdapat risiko penularan jangkitan di sekolah berkenaan.
Thailand akan lanjutkan darurat negara sehingga akhir September
Pada Khamis, Majlis Keselamatan Nasional (NSC) mengulangi bahawa pelanjutan darurat dilaksanakan untuk mencegah penularan lain dalam negara.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.