awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara 11 negara wajib jalani kuarantin sebelum masuk Sabah

Bernama
Bernama
26/12/2021
14:43 MYT
Pengembara 11 negara wajib jalani kuarantin sebelum masuk Sabah
Masidi berkata Sabah merekodkan 108 kes COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 239,590 kes dengan satu kematian dilaporkan di Kota Belud. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menetapkan pengembara dari 11 negara dikehendaki menjalani kuarantin wajib sebelum memasuki negeri itu berkuat kuasa 28 Dis (Selasa) ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata pengembara yang terlibat adalah dari United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, Perancis, Kanada, Denmark, Nigeria, Amerika Syarikat, India dan Pakistan.
"Pengembara hendaklah menjalani kuarantin wajib melalui Pintu Masuk Antarabangsa Pertama di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan sebelum dibenarkan untuk memasuki atau meneruskan penerbangan ke Sabah," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 108 kes COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 239,590 kes dengan satu kematian dilaporkan di Kota Belud.
"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 222 menjadikan jumlah kumulatif (sembuh) 232,293 orang, manakala 678 pesakit sedang menerima rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#kuarantin wajib
#Masidi Manjun
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan