awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti

Bernama
Bernama
08/01/2020
23:50 MYT
Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
STUART: Kita tidak terburu-buru untuk pelantikan segera memandangkan tiada sebarang kejohanan untuk skuad berkenaan pada tahun ini. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan pelantikan ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) yang baharu pada Mac nanti.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.
Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bakal bersidang pada awal Mac nanti bagi menilai kesemua calon berkenaan sebelum menamakan individu yang layak.
"Kita tidak terburu-buru untuk pelantikan segera memandangkan tiada sebarang kejohanan untuk skuad berkenaan pada tahun ini. Prestasi Petunjuk Utama (KPI) dan beberapa perkara lain yang perlu dicapai oleh calon berkenaan akan diputuskan pada Mac nanti," katanya ketika ditemui Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, pada Rabu.
FAM sebelum ini memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad B-22 negara susulan prestasi hambar yang ditampilkan skuad berkenaan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lalu.
Malaysia gagal melepasi peringkat Kumpulan A, selain diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada pasukan kerdil, Kemboja pada aksi pusingan awal temasya sukan dwitahunan berkenaan.
Dalam pada itu, Stuart mengesahkan badan induk itu sedang memuktamadkan pelantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, susulan pengalaman luas yang dimiliki pengendali kelahiran Melaka itu dalam bola sepak belia di negara ini.
"Kita akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi," jelas Stuart.
Kim Swee bukanlah nama asing dalam bola sepak belia di negara ini, termasuk mengendalikan skuad B-22 negara sejak Sukan SEA 2011 di Indonesia yang menyaksikan Malaysia meraih pingat emas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B-22
#Bawah 22 Tahun
#bola sepak
#calon
#Hamidin Mohd Amin
#jurulatih asing
#ketua jurulatih
#Ong Kim Swee
#Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
#permohonan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#stuart ramalingam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan