KUALA LUMPUR: Pengendali aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman mendapati, platform WhatsApp banyak disalahgunakan bagi tujuan pengantunan seksual.
"Platform Telegram pula kita dah dapat banyak aduan termasuk daripada bekas menteri, menteri sedia ada, ramai dapat mesej dan berdepan ancaman scammer.
"Telegram juga agak bermasalah kerana ada melibatkan salah guna akaun untuk tujuan pornografi, jualan bahan terlarang seperti dadah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sekolah Digital U Mobile di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck.
Fahmi berkata isu-isu melibatkan dua platform berkenaan sudah di dalam penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan tindakan wajar akan diambil bagi memastikan aplikasi berkenaan serta keseluruhan media sosial selamat untuk digunakan komuniti.
"Kami mahu mereka lebih bertanggungjawab dan proaktif dalam menangani sebarang masalah yang dibangkitkan oleh pihak berkuasa serta mengambil tindakan, terutamanya terhadap akaun dan saluran yang melanggar undang-undang Malaysia.
"Sekiranya mereka enggan memasitkan platform mereka bebas daripada elemen jenayah, kita akan pastikan mereka akur dengan undang-undang dalam negara kita," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Fahmi menyarankan kepada warga pendidik dan ibu bapa untuk memainkan peranan dalam memastikan Generasi Z dan Generasi Alpha bersiap sedia menghadapi cabaran di dunia digital.
Beliau berkata walaupun dua generasi itu, yang merujuk kepada golongan yang dilahirkan antara 1997 hingga 2010 dan 2011 hingga 2026, dianggap sebagai individu yang sangat biasa dengan teknologi digital, namun namun mereka masih perlu didedahkan dengan cabaran teknologi dalam semua aspek kehidupan, termasuk kesihatan, perniagaan, dan komunikasi.
"Perlu ada perubahan dalam kalangan pendidik dan pelajar sendiri, bersedia mencabar diri, mencuba teknologi baharu tetapi pada masa sama, memahami batas-batas yang ada dari segi undang-undang, tatasusila, dan waspada dalam menggunakan teknologi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Fahmi berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman mendapati, platform WhatsApp banyak disalahgunakan bagi tujuan pengantunan seksual. - Gambar fail/Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
WhatsApp bangunkan kebolehan tambah lagu pada kemas kini status
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemas kini aplikasi pada masa akan datang.
WhatsApp mulakan pengenalan nama pengguna, ganti perkongsian nombor telefon
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan terus menyimpan seseorang di WhatsApp.
Lelaki rugi lebih RM200,000 kerana pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian berjumlah RM202,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud diterima melalui aplikasi WhatsApp pada awal bulan lepas.