awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendalian makanan di 94.8 peratus premis mematuhi tahap kebersihan ditetapkan

Bernama
Bernama
24/09/2023
03:48 MYT
Pengendalian makanan di 94.8  peratus premis mematuhi tahap kebersihan ditetapkan
Lukanisman (kiri) memakaikan apron kepada peniaga food truck selepas melepaskan para peserta Apron Walk 2023 di Anjung Floria hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 43,107 premis atau 94.8 peratus daripada 45,467 premis yang diperiksa di seluruh negara sejak Januari hingga Ogos tahun ini, mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan bagi pengendalian makanan.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata sepanjang tempoh berkenaan juga, sebanyak 1,097 premis telah diarahkan ditutup, kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
"Ini bermaksud di Malaysia premis-premis mematuhi standard peraturan kebersihan... ini juga termasuk trak makanan yang kita bawa untuk acara hari ini, yang didapati mematuhi standard yang ditetapkan dalam penyediaan makanan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Apron Walk 2023 di sini hari ini.
Lukanisman berkata bagi tempoh 2020 sehingga Ogos lepas, sebanyak 235,245 premis makanan telah diperiksa di seluruh negara, dengan 4,767 atau 2.03 peratus diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas didapati tidak bersih.
Beliau berkata sebanyak 58,675 kompaun, juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 2009 bagi tempoh sama.
Mengenai kes keracunan makanan, Lukanisman berkata sejak Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 294 kes dilaporkan dengan 76 daripadanya melibatkan kejadian di premis sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
"Kita sedang bekerjasama dengan pihak KPM, dalam sebuah program untuk membuat pemantauan dan memberikan khidmat nasihat berhubung aspek kebersihan penyediaan makanan di premis pendidikan," katanya.
Sementara itu, mengenai acara tersebut beliau berkata lebih 1,000 peserta, terdiri daripada kakitangan KKM dan warga Putrajaya, menyertai Apron Walk 2023.
Program itu dianjurkan sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Sambutan Ulang Tahun Codex Alimentarius Commission atau Hari Codex ke-60, satu badan penetapan sambutan makanan antarabangsa.
Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia pada tahun ini bertemakan 'Standard Makanan Menyelamatkan Nyawa'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#premis makanan
#tahap kebersihan
#Lukanisman Awang Sauni
#keracunan makanan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan