awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi Felda letak jawatan kerana faktor kesihatan - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/06/2019
02:48 MYT
Pengerusi Felda letak jawatan kerana faktor kesihatan - Tun Mahathir
DR MAHATHIR: Beliau kata tidak sihat, sebab itu minta dilepaskan, kita bersetuju.
Faktor kesihatan menjadi sebab Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 30 Jun ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Megat sebelum ini pernah mengemukakan hasrat untuk melepaskan tangungjawab mentadbir agensi berkenaan kepadanya.
"Beliau kata tidak sihat, sebab itu minta dilepaskan, kita bersetuju," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 bertajuk "New Malaysia in A Changing Regional Order" di sini, pada Selasa.
BACA: Sah, Megat Zaharuddin lepas jawatan Pengerusi Felda
BACA: Tan Sri Mohd Bakke kembali terajui Felda?
Megat dilantik sebagai Pengerusi pada 26 Julai 2018 dan telah berkhidmat hampir setahun di Felda.
Felda berkata Pengerusi baharu bakal diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Topic Berkaitan
#Felda
#kesihatan
#Mahathir Mohamad
#Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor
#peletakan jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan