NATIONAL
Pengesahan Arab Saudi automatik nafikan perjuangan 'Selamatkan Malaysia' - KJ

Khairy berkata gerakan itu yang disokong oleh kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil akan perlahan-lahan dilihat kurang daya tarikan selepas penegasan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.
Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ tidak memberi sebarang makna susulan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri Datuk Seri Najib Razak datang dari ahli keluarga diraja negara itu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin perkembangan terbaru ini bakal menyaksikan gerakan itu akan hilang sokongan.
Beliau berkata gerakan itu yang disokong oleh kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil akan perlahan-lahan dilihat kurang daya tarikan selepas penegasan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.
"Jadi bagi saya, semua percubaan untuk kononnya menyelamatkan Malaysia telah tidak bermakna lagi kerana tiada apa yang lebih untuk mempertikaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Kupas Buku anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada Sabtu di Borders, The Curve Mutiara Damansara.
Dalam masa yang sama, Menteri Belia Dan Sukan itu mengakui pengesahan rasmi Arab Saudi mengenai sumbangan berkenaan tidak semestinya dapat menangkis persepsi negatif orang ramai mengenai kontroversi politik ketika ini.
"Kami perlu bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai. Kita perlu membuat kenyataan kerajaan Arab Saudi jadi viral, "katanya.
Kerajaan Arab Saudi juga sedar bahawa siasatan Peguam Negara di Malaysia telah mendapati tiada salah laku dalam pemindahan wang derma tersebut ke dalam akaun bank Najib.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami