awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengesahan flaperon Boeing 777 akan libatkan wakil bertauliah Malaysia - Liow

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2015
10:34 MYT
Pengesahan flaperon Boeing 777 akan libatkan wakil bertauliah Malaysia - Liow
Liow turut memaklumkan Malaysia sedang berusaha mendapatkan bantuan pihak berkuasa penerbangan di wilayah sekitar Pulau Reunion .- Gambar Fail
Wakil bertauliah dari Malaysia, Amerika Syarikat, China, Perancis dan Boeing akan mengambil bahagian dalam tugas membuat pengesahan tentang flaperon pesawat jenis Boeing 777 yang dijumpai di Pulau Reunion.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi kenyataan media pada Ahad memaklumkan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja proses pengesahan selesai.
Dalam kenyataan media sama Liow turut memaklumkan Malaysia sedang berusaha mendapatkan bantuan pihak berkuasa penerbangan di wilayah sekitar Pulau Reunion di Lautan Hindi bagi membolehkan para pakar melakukan analisis substantif sekiranya lebih banyak serpihan pesawat dijumpai di pulau itu.
"Saya menggesa semua pihak supaya membenarkan proses penyiasatan penting ini berjalan seperti yang sewajarnya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ini adalah untuk kebaikan waris mangsa tragedi MH370 yang menunggu dengan penuh debar berita mengenai orang yang mereka sayang dan mengalami keperitan sejak sekian lama,"
Usaha itu dibuat melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandangkan analisis substantif perlu dilakukan sekiranya lebih banyak serpihan dihanyutkan ke pantai kerana ia boleh memberi petunjuk tentang kehilangan Penerbangan MH370 lebih setahun lepas.
BACA: Misteri MH370 hampir selesai, kata Aziz Kaprawi
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
VIDEO: MH370: Serpihan pesawat tiba di Paris awal pagi Sabtu
Flaperon Boeing 777 ditemui di Pulau Reunion pada 29 Ogos lalu sebelum diterbangkan ke Paris pada 1 Ogos dan dibawa ke Toulouse melalui jalan raya.
Penerbangan MH370 Malaysia Airlines hilang daripada pengesanan radar pada kira-kira tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika sedang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Topic Berkaitan
#Fleperon
#Liow Tiong Lai
#MH370
#Pulau Reunion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan