KUALA LUMPUR: Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, ia berkata KWSP dan Perkeso ditubuhkan untuk dua tujuan berbeza.
"KWSP ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, manakala Perkeso dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan juga Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
"Dari segi undang-undang, untuk melaksanakan idea ini undang-undang masing-masing perlu dipinda dan percanggahan undang-undang perlu diselesaikan. Selain itu, proses meminda undang-undang akan memakan banyak masa, dan terdapat perkara mendesak lain yang perlu diutamakan oleh kerajaan,'' kata Presiden MEF Datuk Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini cadangan mengenai penggabungan kedua-dua organisasi untuk menangani keperluan penduduk Malaysia yang menua muncul semula dalam sebuah berita.
Syed Hussain berpendapat gabungan kedua-dua entiti ini menjadi satu menghasilkan sistem yang menjadikan kedua-dua fungsi saling berkait dan bertindih.
''Ia memerlukan penglibatan yang serius daripada setiap pemegang kepentingan kerana penggabungan mereka mungkin mempunyai kesan domino pada sektor lain. Apakah yang akan berlaku kepada pekerja KWSP dan Perkeso? Sesetengah pekerjaan mereka mungkin bertindih antara satu sama lain.
''Jadi, adakah pemberhentian pekerja akan berlaku kepada pekerja KWSP dan Perkeso?'' soal beliau.
Syed Hussain juga menekankan perbezaan besar dalam bilangan pencarum dan majikan yang terlibat dalam kedua-dua institusi ini, dan menggabungkan mereka menjadi satu entiti akan menghasilkan risiko kewangan dan pembayaran yang lebih besar.
''Selain itu, caruman KWSP adalah wajib bagi pekerja tempatan, manakala Perkeso adalah wajib bagi pekerja tempatan dan asing.
"KWSP menumpukan kepada tabungan dan pembiayaan persaraan manakala Perkeso pula bertanggungjawab terhadap peranan yang luas termasuk kemalangan dan kecederaan, kehilangan pekerjaan, pencari kerja, penempatan serta peningkatan kemahiran dan kemahiran semula," katanya.
Syed Hussain berkata penyepaduan mekanisme persaraan, simpanan, pencen dan perlindungan sosial tidak menyelesaikan masalah pengurangan nilai pencen dan simpanan sepanjang tahun.
Beliau berkata bahawa MEF melihat lebih penting bagi kerajaan untuk mengenal pasti mekanisme yang cekap dan berkesan yang mematuhi prosedur piawai untuk melindungi kepentingan ahli pelaburan, contohnya, pengurusan pelaburan dana yang berkesan dan menyediakan akses kepada pencarum untuk memantau secara berkala prestasi dana yang dilaburkan berbanding pembayaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Presiden MEF Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata KWSP dan Perkeso ditubuhkan untuk dua tujuan berbeza. - Foto fail/MEF
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).