KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 syarikat Malaysia dijangka mengetengahkan kepakaran masing-masing pada acara Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2024 (FIA 2024), United Kingdom pada 22-26 Julai ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akselarasi Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Abu Bakar Yusof berkata syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
Kepakaran lain merangkumi perkhidmatan kejuruteraan, pendidikan dan astronautik (bidang berkaitan prinsip asas fizik mengenai penerbangan ke angkasa).
Beliau berkata MATRADE akan menjadi peneraju di Pavilion Malaysia menerusi kerjasama dengan Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO).
"Kami mempelawa syarikat-syarikat aeroangkasa Malaysia untuk mengambil peluang ini dengan menyertai kami di FIA 2024," katanya dalam kenyataan semalam.
Abu Bakar turut berkongsi keyakinannya dalam sektor aeroangkasa Malaysia menerusi eksport produk yang melonjak sebanyak 31 peratus dan mencecah RM979.9 juta bagi tempoh dua bulan pertama 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas.
Destinasi eksport utama bagi produk berkenaan termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Indonesia, UK dan Singapura.
Menurut MATRADE, UK juga merupakan destinasi eksport penting bagi produk aerongkasa Malaysia (turut merangkumi bahagian atau komponen pesawat dan helikopter) bernilai RM287.2 juta pada 2023.
"Permintaan UK terhadap produk dan perkhidmatan aeroangkasa dijangka mengekalkan trajektori peningkatannya, dipacu oleh pemulihan perjalanan udara, kenaikan tempahan pesawat serta pengembangan sektor MRO.
"Sehubungan itu, syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan permintaan kian ketara ini dengan libat urus bersama bakal pelanggan, kalangan pemimpin projek serta pegawai perolehan aeroangkasa pada FIA 2024," katanya.
Pada 2022, MATRADE telah mengadakan sebanyak 332 mesyuarat dan hubungan perniagaan yang merangkumi jumlah jualan sebanyak RM572.6 juta.
Selain itu, syarikat Malaysia yang berhasrat menyertai FIA 2024 boleh menghantar permohonan sebelum 26 April, 2024 dan mendapatkan maklumat lanjut di talian 03-6207 7933.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2024 (FIA 2024) dijadual berlangsung di United Kingdom pada 22-26 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.