GADGETS
Pengguna Android bakal nikmati ChatGPT sebagai pembantu sistem peranti

Ciri tersebut menjadikan pengguna Android setanding dengan pengguna iOS (Apple) yang mempunyai pembantu sistem yang dikenali sebagai Siri.
KUALA LUMPUR: Pengguna Android mungkin tidak lama lagi boleh menggunakan ChatGPT sebagai pembantu sistem peranti pada telefon pintar.
Dalam usaha memudahkan interaksi pengguna dengan ChatGPT pada Android, pemaju Android itu sedang merangka ciri inovatif untuk diperkenalkan ke dalam sistemnya, yang menjanjikan pengalaman lebih mudah dan cekap.
Menurut laporan Android Authority, kemas kini ChatGPT akan hadir dengan ciri 'com.openai.voice.assistant.AssistantActivity' yang membolehkan pengguna menetapkan ChatGPT sebagai pembantu sistem peranti mereka.
Selepas pengaktifan manual ciri baharu ini menerusi ChatGPT, pengguna Android dapat menjangkakan penggunaan peranti yang lebih efisien dengan navigasi sistem yang lebih canggih.Bahkan, pengalaman pengguna Android juga bakal berubah dengan kehadiran butang maya menerusi paparan skrin di mana pengguna tidak lagi perlu menggunakan butang fizikal di peranti untuk memilih aplikasi dan kemas kini sistem.
Ciri tersebut menjadikan pengguna Android setanding dengan pengguna iOS (Apple) yang mempunyai pembantu sistem yang dikenali sebagai Siri.
Bagaimanapun, dengan usaha Google untuk menyepadukan teknologi AI chatbot Bard ke dalam Google Assistant, ChatGPT secara strategiknya ingin memastikan penglibatan pengguna sistem Android kekal utuh.
ChatGPT juga menyasarkan untuk menyepadukan sistem dengan lancar ke dalam rutin harian pengguna, memastikan tempatnya sebagai chatbot berkuasa AI yang berharga dan boleh diakses dalam ekosistem Android.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami