Rata-rata pengguna Lebuhraya Persekutuan dilihat masih tidak bersedia untuk mempraktikkan kaedah bayaran tol secara elektronik di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga.
Melalui pemerhatian yang dilakukan selama dua jam oleh Bernama di kedua-dua tol berkenaan, masih kelihatan ramai pengguna memilih menggunakan kaedah tunai untuk membayar tol.
Tinjauan juga mendapati kenderaan beratur panjang di laluan tunai dan keadaan menjadi bertambah sesak terutamanya ketika waktu tengah hari.
Seorang pengguna, Mohd Sufian Jamaludin, 30, ketika ditemui berkata penangguhan perlaksanaan tol elektronik merupakan satu tindakan yang wajar diambil kerana masih ramai pengguna belum bersedia ke arah itu.
Katanya lagi, pihak PLUS Malaysia Berhad (Plus) perlu memikirkan cara lain yang lebih berkesan bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua tol berkenaan.
Dalam tinjauan itu juga, didapati pondok jualan kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang didirikan berhampiran kedua-dua plaza tol berkenaan kurang mendapat sambutan daripada pengguna.
Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataannya yang bertarikh 29 Ogos lepas mengatakan Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Plus agar menangguhkan pelaksanaan pembayaran tol sepenuhnya melalui cara elektronik di kedua-dua plaza tol berkenaan yang sepatutnya bermula hari ini kepada satu tarikh yang akan diumum kelak.
Menurut kenyataan itu penangguhan berkenaan dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mendapatkan kad PlusMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG.
Pada masa sama ia juga bertujuan untuk membiasakan pengguna menggunakan kaedah transaksi itu terlebih dahulu.
Bernama
Tue Sep 02 2014
Pengguna masih belum bersedia guna tol elektronik di Sungai Rasau & Batu Tiga. -Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Aktiviti kilang berlesen mungkin sebabkan pencemaran sungai - ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, bagaimanapun aktiviti-aktiviti kilang tersebut diakui sukar dikawal.
Punk pun mengundi?
Punk sinonim dengan ideologi anarki dan juga golongan anak muda yang tidak percaya kepada perubahan menerusi peti undi ataupun demokrasi, ianya sudah berbeza. Ian Johan Ariff merungkai fenomena ini.
Tiada lagi tol, tetapi masih ada yang berhenti di kaunter
Barangkali lupa atau tidak sedar dengan pengumuman tersebut, ada pemandu yang memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol tersebut.
Pengguna belum sedia guna tol elektronik di Sungai Rasau, Batu Tiga
Rata-rata pengguna Lebuhraya Persekutuan dilihat masih tidak bersedia untuk bayaran tol secara elektronik di Sungai Rasau dan Batu Tiga.
Kutipan tol elektronik sepenuhnya di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Sept
Sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Klang bermula 1 Sept depan.