awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2023
02:15 MYT
Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) melaksanakan ujian rintis kutipan tol secara Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di dua lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri.
Katanya, sistem itu mula dijalankan di ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong bermula 13 September 2023.
"Bagaimanapun, Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya AKLEH sudah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September lalu.
"Satu lorong disediakan di setiap plaza tol untuk proses percubaan sistem itu selaras dengan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Mohammad Azlan, kaedah tersebut sebagai tambahan untuk kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Inisiatif ini dijangka menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk pengguna lebuh raya di plaza tol dengan lebih banyak pilihan pembayaran sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan industri lebuh raya negara secara keseluruhannya,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPT
#AKLEH
#GCE
#kutipan tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan