awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna percuma Google Gemini kini boleh muat naik fail

Amanz
Amanz
18/02/2025
04:10 MYT
Pengguna percuma Google Gemini kini boleh muat naik fail
Google kini membenarkan pengguna yang tidak melanggan pelan Google One AI Premium untuk memuat naik fail kepada Gemini, satu ciri yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna berbayar. -Amanz
GOOGLE akhirnya membenarkan pengguna yang tidak melanggan pelan Google One AI Premium memuat naik fail kepada Gemini.

Ringkasan AI
  • Google kini membenarkan pengguna yang tidak melanggan pelan Google One AI Premium untuk memuat naik fail kepada Gemini, satu ciri yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna berbayar.
  • Google belum menjelaskan had untuk pengguna percuma, tetapi jika mengikut had Gemini Advanced, pengguna boleh memuat naik sehingga 10 fail dengan saiz maksimum 100MB setiap satu.
  • Gemini boleh memproses pelbagai jenis fail seperti Microsoft Word, PDF, CSV, dan banyak lagi untuk menjana jadual, ringkasan, carta, laporan, dan data penting. Pengguna juga boleh memuat naik fail terus dari Google Drive atau mengambil gambar dengan kamera.

Ciri ini telah disokong oleh ChatGPT sejak Jun tahun lepas, dan sokongan kepada Gemini amatlah dihargai selepas sekian lama dihadkan kepada pengguna berbayar sahaja.
Buat masa ini Google masih tidak menjelaskan apakah had kepada pengguna percuma. Jika ia mengikut had yang sama dalam Gemini Advanced, sebanyak 10 fail dengan setiap satu mempunyai saiz maksimum 100MB boleh dimuat naik.
Setiap fail yang dimuat naik kemudian akan diproses oleh Gemini untuk pengguna tanya apa jua soalan.
Antara yang boleh dilakukan adalah menjana jadual, melakukan ringkasan, menjana carta, mencipta laporan, mengeluarkan data penting dan banyak lagi.
Selain itu, di dalam pilihan menu apabila ikon + ditekan, memuat naik fail terus dari Google Drive atau mengambil gambar dengan kamera turut disokong.
Antara fail yang disokong adalah Microsoft Word, TXT, PDF, RTF, CSV, XLS, Google Sheets, fail kod C, CPP, JAVA, PHP, SQL, dan HTML code files.
Untuk janaan carta, ia hanya disokong pada Gemini web jika anda memuat naik helaian lejar. Sokongan fail penuh ada dinyatakan di sini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google One AI Premium
#muat naik fail
#Gemini
#pengguna percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan