SEREMBAN: Pengguna digalakkan membuat tempahan awal untuk ibadah korban menjelang perayaan Aidiladha Julai ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir.
Beliau menjangkakan kenaikan harga daging ketika musim perayaan adalah 15 hingga 20 peratus berbanding harga asal pasaran susulan permintaan yang tinggi.
"Anggaran satu bahagian daging lembu korban adalah sebanyak RM700 hingga RM750 dan jika dikalikan dengan tujuh bahagian, anggaran harga seekor harga lembu adalah sekitar RM5,000 hingga RM8,000, tetapi ini bergantung juga dengan jenis lembu yang ingin dibeli.
"Kenaikan harga daging lembu, kambing dan kerbau dalam musim perayaan sememangnya sudah dijangkakan, oleh itu pengguna perlu berbelanja dengan bijak dan elak membuat pembelian pada saat akhir," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata tanaman jagung bijian di tapak projek di Bukit Gemas bermula Ogos dengan melakukan kerja pembersihan kawasan tapak tanaman yang akan mengambil masa sebulan.
Media sebelum ini melaporkan tanaman jagung bijian akan dibangunkan di tapak projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) di Gemas, Tampin, seluas 161 hektar, menerusi usaha sama Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata setakat hari ini pihaknya belum menerima aduan orang awam berkaitan kenaikan harga ayam susulan penutupan kilang pengeluaran di Jasin, Melaka baru-baru ini.
Katanya, harga seekor ayam masih kekal RM8.90 namun mendapati peniaga mengenakan caj pemotongan ayam di Pasar Besar Seremban iaitu 90 sen bagi setiap kilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Kenaikan harga daging ketika musim perayaan dijangka adalah 15 hingga 20 peratus berbanding harga asal pasaran susulan permintaan yang tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Lapan juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian caj SST - Petra
Seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.
ChatGPT berupaya simpan butiran pengguna
Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya.
Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya
Ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.
Gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang pulih sepenuhnya
PBAPP memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual.
Perdagangan runcit dijangka berkembang 7.5 peratus pada 2024 - MIDF Research
Dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, jualan perdagangan pengedaran Malaysia meningkat sebanyak 7.9 peratus tahun ke tahun dengan perdagangan runcit meningkat 9.4 peratus.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.