KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan perdagangan runcit Malaysia akan berkembang sebanyak 7.5 peratus pada 2024 didorong oleh permintaan pengguna yang berdaya tahan dalam persekitaran pasaran buruh yang stabil dan tekanan inflasi semakin berkurangan.
Firma penyelidikan itu berkata dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, jualan perdagangan pengedaran Malaysia meningkat sebanyak 7.9 peratus tahun ke tahun dengan perdagangan runcit meningkat 9.4 peratus.
Komponen lain perdagangan pengedaran juga bertambah baik, termasuk jualan kenderaan bermotor (naik 13.0 peratus tahun ke tahun) dan perdagangan borong (naik 5.3 peratus tahun ke tahun).
Permintaan pengguna kekal kukuh dan berdaya tahan seperti yang dilihat dalam prestasi jualan perdagangan pengedaran, katanya.
"Melangkah ke hadapan, momentum permintaan domestik yang menggalakkan dijangka berterusan pada 2024 disokong oleh pasaran buruh berdaya tahan, tekanan inflasi stabil, peningkatan dalam aktiviti pelancongan dan dasar ekonomi yang menyokong serta akomodatif," kata MIDF Research dalam satu nota penyelidikan.
Pada November 2023, perdagangan pengedaran Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus tahun ke tahun, kadar pengembangan paling perlahan sejak Julai 2023.
Pada asas bulan ke bulan, perdagangan pengedaran bukan pelarasan musim meningkat 0.2 peratus.
Mengikut komponen, jualan kenderaan bermotor meneruskan momentum kukuhnya dengan pertumbuhan 12.7 peratus tahun ke tahun manakala perdagangan borong meningkat 6.2 peratus serta jualan runcit meningkat 4.4 peratus.
Daripada segi volum pelarasan musim, perdagangan pengedaran, perdagangan runcit dan kenderaan bermotor masing-masing meningkat sebanyak 4.7 peratus, 1.0 peratus dan 10.6 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, kadar pengangguran mencecah paras terendah selepas pandemik iaitu 3.30 peratus pada November 2023.
"Melihat ke hadapan, kami menjangkan prospek domestik adalah positif untuk suku keempat tahun ini dan 2024 dalam persekitaran peningkatan yang lebih baik dalam aktiviti pelancongan dan dasar ekonomi yang menyokong serta akomodatif daripada kedua-dua pihak fiskal dan monetari," kata MIDF Research.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, jualan perdagangan pengedaran Malaysia meningkat sebanyak 7.9 peratus tahun ke tahun dengan perdagangan runcit meningkat 9.4 peratus.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.
MIDF Research unjur ringgit lebih kukuh pada 2024
MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Pasaran buruh meningkat, kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus - MIDF Research
Pasaran buruh Malaysia meneruskan trend yang bertambah baik memandangkan kadar purata pengangguran dijangka kekal pada 3.4 peratus tahun ini.
Hasrat kerajaan Sarawak jadi pemegang saham terbesar Affin Bank cetus sentimen positif - MIDF Research
Peningkatan TP bagi saham Affin Bank itu adalah berdasarkan P/BV bagi tahun kewangan 2024 yang disemak naik sebanyak 0.42 kali.