awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
Thailand lepaskan jerung harimau bintang terancam dalam usaha pemuliharaan
Isteri bekas PTD didakwa di mahkamah Kuala Terengganu hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna utamakan harga berpatutan berbanding beras subsidi - KPKM

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
01:50 MYT
Pengguna utamakan harga berpatutan berbanding beras subsidi - KPKM
KPKM berkata permintaan terhadap BPT sepanjang enam bulan pelaksanaan Program Khas BPT Bersubsidi 2025 tidak mencapai sasaran asal yang ditetapkan. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapati pengguna lebih cenderung memilih beras pada harga berpatutan berbanding semata-mata bergantung kepada Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi.
Dalam kenyataan pada Sabtu, KPKM memaklumkan bahawa permintaan terhadap BPT sepanjang enam bulan pelaksanaan Program Khas BPT Bersubsidi 2025 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Permintaan terhadap BPT adalah kira-kira 18.2 juta kampit, bersamaan 75.8 peratus daripada sasaran asal sebanyak 24 juta kampit,” menurut kenyataan itu.
KPKM menjelaskan bahawa trend ini menunjukkan rakyat lebih mengutamakan harga beras yang berpatutan berbanding memilih BPT secara khusus.
Program khas tersebut, yang bermula pada 1 Mac lalu, dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini sebagai sebahagian daripada langkah transisi kerajaan untuk menilai keberkesanan subsidi beras putih di pasaran tempatan.
Menurut KPKM, inisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan MADANI untuk menyalurkan subsidi secara lebih berkesan demi menjamin keterjaminan makanan negara.
Sehubungan itu, kementerian akan melaksanakan penilaian terperinci bagi menentukan strategi terbaik dalam pembekalan beras putih di dalam negara.
Penilaian tersebut turut melibatkan pelaksanaan harga rujukan baharu bagi Beras Putih Import (BPI) pada kadar RM2,600 per tan metrik di pintu gudang BERNAS, yang telah berkuat kuasa sejak 15 Mei lalu.
Ia juga merangkumi mekanisme bagi menangani amalan pencampuran beras.
KPKM memberi jaminan bahawa bekalan beras akan terus dipantau bagi memastikan rakyat mendapat akses mencukupi pada harga yang berpatutan, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin keterjaminan makanan ruji negara.
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Kerajaan Madani
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan