Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penggunaan teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai teknologi 5G akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi Malaysia.
Beliau berkata penggunaan teknologi itu juga akan memberi kesan pada cara kita mencorak masyarakat yang bersedia menghadapi ekonomi masa depan dalam menuju Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
"Saya harap semua dapat meneliti betapa pentingnya aspek teknologi ini dan bagaimana ia dapat menukar corak kita melaksanakan perniagaan dan industri negara pada masa hadapan.
"Ini adalah satu perkara yang kita semua harus ceburi dan ia perlu dilihat secara positif serta perlu ada keyakinan diri," katanya dalam bual bicara mengenai Kejayaan Pameran 5G Malaysia yang disiarkan secara langsung di sebuah stesen televisyen swasta, pagi ini.
Beliau berkata Malaysia harus menerajui dan membuktikan bahawa kita bukan sahaja dapat membangunkan infrastruktur yang boleh melaksanakan teknologi 5G malah kita boleh berjaya dalam semua aspek industri yang akan bergantung kepada teknologi baharu itu pada masa depan.
Pameran Teknologi 5G yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 April lalu, merupakan kesinambungan perjalanan Multimedia Super Corridor (MSC) yang bermula 23 tahun lalu dan ia merupakan manifestasi kejayaannya.
Ujian teknologi baharu itu di Cyberjaya dan Putrajaya merupakan projek rintis selama enam bulan bermula awal bulan ini.
Gobind berkata Malaysia perlu bersedia dan menaruh keyakinan bahawa Malaysia boleh menjadi hab dalam penggunaan teknologi 5G serta menjadi contoh kepada negara lain.
Selain itu, beliau yakin Malaysia akan dapat menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat luar sekiranya negara mempunyai rangkaian yang kuat dan stabil khususnya dalam teknologi 5G.
Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong berkata kerajaan memainkan peranan penting dan besar untuk menyampaikan maklumat terperinci kepada semua lapisan masyarakat bagaimana teknologi 5G dapat memperbaiki dan meningkatkan taraf kehidupan mereka selain melihat kepada aspek insentif yang dapat menggalakkan lebih ramai menggunakan teknologi itu.
"Ini adalah fokus kerajaan dan sebab itu kami adakan projek perintis ini untuk kami bawa kesedaran kepada masyarakat bahawa ini adalah hala tuju teknologi pada masa depan, kita perlu bersedia," katanya
Bernama
Tue Apr 23 2019
Gobind Singh Deo berkata penggunaan teknologi itu juga akan memberi kesan pada cara kita mencorak masyarakat yang bersedia menghadapi ekonomi masa depan dalam menuju Revolusi Industri Keempat (IR4.0). - BERNAMA
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.