KUALA TERENGGANU: Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Permint, Dungun, Terengganu.
Menurut Mohd Shafiq Mamat, 27, kejadian berlaku selepas baru selesai menghantar pesanan makanan pelanggan di Taman Bersekutu kira-kira jam 8.30 malam, pada Rabu.
Mohd Shafiq berkata, haiwan liar yang dianggarkan setinggi satu meter itu muncul dari semak ketika dia melalui jalan pintas berhampiran Hutan Simpan Bukit Bauk.
“Saya pandang, sekilas pandang sahaja, saya rasa waktu itu motor saya perlahan, tak laju.
“Bila ternampak tu saya terus pecut sikit, jadi dia (harimau itu) di sebelah motor saya, saya pun terus pecut… saya tak pandang belakang dah.
“Tapi bila saya pandang tu, memang harimau belang lah, putih, oren, hitam. Kalau harimau akar, orang kata nampak hitam kan, bertompok hitam,” katanya ketika menceritakan pengalaman cemas itu.
Menurut Mohd Shafiq, ia adalah kejadian pertama sejak bekerja sebagai penghantar makanan dua tahun lalu dan bersyukur tidak menjadi mangsa haiwan liar itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi berkata pihaknya masih belum menerima laporan rasmi mengenainya.
Bagaimanapun pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Astro Awani
Thu Mar 10 2022
Menurut Mohd Shafiq Mamat, 27, kejadian berlaku selepas baru selesai menghantar pesanan makanan pelanggan di Taman Bersekutu kira-kira jam 8.30 malam, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Penghantar makanan berdepan detik cemas 'disergah' harimau
Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas terserempak dengan seekor harimau belang ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Taman Permint, Dungun, Terengganu.