awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/10/2024
03:10 MYT
Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB
Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kotak kuasa milik TNB yang berada di bahu jalan. - Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum merempuh kotak kuasa (feeder pillar) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Ayer Keroh-Gapam di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa Tan Tian Hau, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
“Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh dan sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kotak kuasa milik TNB yang berada di bahu jalan.
“Akibat kemalangan itu mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Christopher berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan tiga lorong satu hala dan kering sementara keadaan cuaca adalah baik serta terdapat sumber pencahayaan.
“Kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.
“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Topic Berkaitan
#Nahas
#penghantar makanan
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan