awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2025
08:00 MYT
Penghantar makanan mengaku simpan video, gambar lucah
Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.
SEREMBAN: Seorang penghantar makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan pilihan memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya, dua tahun lalu.
Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahir Ikhwan Jamaludin, 21, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayarnya.
Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didapati dalam milikannya bahan-bahan lucah iaitu video lucah dan imej lucah yang disimpan dalam telefon bimbit miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan dekat Lorong Desa 4, Taman Desa Rusa, Port Dickson kira-kira jam 2.30 petang, 3 September 2023.
Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Peguam, Joseph Mathews memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira faktor umur tertuduh yang masih muda dan tidak sesuai.
"Tidak dinafikan apa dilakukan tertuduh adalah perbuatan tak sepatutnya dilakukan, tetapi ia telah pun berlaku. Sekiranya tertuduh dimasukkan ke dalam penjara, stigma terhadapnya sangat buruk," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan tahap keseriusan kesalahan dilakukan.
Pegawai Sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengemukakan laporan sosial tertuduh dan turut mengesyorkan tertuduh tidak menjalani hukuman penjara.
"Saya yakin hukuman sebelum ini telah beri pengajaran berharga kepada penama (tertuduh)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video lucah
#kes mahkamah
#Telefon bimbit
#gambar lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan