awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2022
03:46 MYT
Penghantar makanan mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Penghantar makanan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, 16 Julai lalu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Seorang penghantar makanan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, 16 Julai lalu.
Tertuduh, Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di bandaraya ini, sekitar pukul 12.30 tengah malam pada tarikh berkenaan.
Rogol Remaja | Penghantar makanan mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.
Mahkamah turut menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Mahajoth Singh.
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#Rogol remaja bawah umur
#Mahakamah Sesyen Ipoh
#rogol di hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan