awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan rugi lebih RM75,000 dalam pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
08/12/2023
10:09 MYT
Penghantar makanan rugi lebih RM75,000 dalam pelaburan tidak wujud
Mangsa mula merasa curiga apabila suspek memberikan pelbagai alasan setiap kali mangsa menghubunginya meminta untuk mengeluarkan wang pelaburan. -Gambar hiasan/Freepik
SIBU: Seorang penghantar makanan kerugian RM75,300 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki berusia 50-an itu pada mulanya terlihat sebuah skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan diiklankan menerusi laman Facebook pada 10 Sept lepas.
Tertarik dengan skim itu, beliau berkata mangsa telah menekan satu pautan iklan dan kemudian berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang ejen bernama Susan yang memberikan penjelasan berkenaan pelaburan terbabit.
"Pada 24 Sept, suspek telah memasukkan nombor telefon mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan atas nama Global Live Road Show yang mempromosikan pelaburan saham modal dan meminta mangsa memuat turun aplikasi Bain Online serta membuat bayaran bagi memulakan pelaburan.
"Mangsa membuat pembayaran sebanyak enam kali transaksi ke dalam empat akaun syarikat bagi tujuan pelaburan pada tempoh 25 Okt hingga 24 Nov.
"Mangsa mula merasa curiga apabila suspek memberikan pelbagai alasan setiap kali mangsa menghubunginya meminta untuk mengeluarkan wang pelaburan," katanya.
Mangsa yang merasa tertipu membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka.
Zulkipli menasihati orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan selain berhati-hati dengan tawaran keuntungan atau pulangan yang tinggi.
Mereka boleh menyemak status sesuatu pelaburan dengan Bank Negara Malaysia atau merujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dan mengikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM selain membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#pelaburan yang tidak wujud
#pelaburan dalam talian
#Bain Online
#Global Live Road Show
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan