MALAYSIA
Penghantar surat didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung 6 tahun

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tertuduh melapor diri di balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya, tahun lepas.
Ringkasan AI
- Seorang penghantar surat berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berumur enam tahun lebih.
- Pertuduhan dibuat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tertuduh melapor diri di balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa; sebutan kes ditetapkan pada 16 Julai.
Hukuman bagi Seksyen 14 (a) adalah penjara maksimum 20 tahun dan sebat, manakala Seksyen 16 (1) pula berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan maksimum dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan memohon jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
"Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa kerana tertuduh bapa kandung kepada mangsa dan mempunyai hak akses kepada mangsa," katanya.
Sementara itu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan memaklumkan mangsa kini tinggal bersama bekas isterinya yang telah berkahwin lain.
Hakim Azrul Darus yang menetapkan sebutan kes pada 16 Julai membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami