awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar surat edar kanabis ke tali gantung

Bernama
Bernama
27/03/2015
14:47 MYT
Penghantar surat edar kanabis ke tali gantung
Penghantar surat edar kanabis ke tali gantung - Gambar fail
Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 239 gram dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Hanafi Hashim, 28, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah juga berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata.
Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Hanafi didakwa mengedar dadah berkenaan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan PJS 6, Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira pukul 11.45 pagi, 26 Jan 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Rusli Zain.
Topic Berkaitan
#kanabis
#Najis
#tali gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan