awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar

Azib Zikry
Azib Zikry
17/06/2024
02:30 MYT
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Tonggak kekuatan haji terpancar menerusi penghayatan dan amalan yang mengajak umat Islam agar menghayati mesej kesederhanaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tonggak kekuatan haji terpancar menerusi penghayatan dan amalan yang mengajak umat Islam agar menghayati mesej kesederhanaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini, Perdana Menteri menegaskan, ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara.
"Peluang mengembara ke Mekah buat menunaikan haji merupakan antara kurniaan besar Ilahi kepada hambaNya. Kita mengenang manasik haji sebagai salah satu rukun Islam.
"Namun seyogia (sepatutnya) diingat, haji punyai maqasid kerohanian yang tersendiri bertujuan merubah jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana," katanya menerusi hantaran yang di Facebook pada Isnin.
Menurutnya, tatkala berihram dengan pakaian serba putih nan kosong, mereka yang menunaikan haji diasuh dengan nilai kebersihan dan kesederhanaan.
"Segala busana mewah dan lencana kehormat harus ditinggalkan.
"Demikian juga wuquf di Arafah, suatu perhimpunan raksasa tanpa mengira status, darjat dan pangkat, membugar rasa insaf dan tawaduk di hadapan Azza wa Jalla," tambah Perdana Menteri lagi.
Dalam masa sama, Anwar berkata, dalam menyambut kemeriahan Aidiladha bersama keluarga, supaya golongan asnaf di kota dan desa tidak dilupakan.
Kata beliau, nikmat Tuhan itu seharusnya dikongsi bersama mereka dan bahagiakan mereka dengan mengerjakan ibadah korban.
“Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (hadith riwayat al-Bayhaqi),"kata Perdana Menteri memetik sabda Rasulullah SAW.
"Akhirul kalam, saya turut mendoakan agar para jemaah yang kini berada di tanah suci beroleh haji yang mabrur dan semoga pulang ke tanah air dengan sejahtera."
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Anwar Ibrahim
#Haji
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan