awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghormatan terakhir bekas Menteri Kesihatan diadakan dua hari

Bernama
Bernama
04/12/2023
12:43 MYT
Penghormatan terakhir bekas Menteri Kesihatan diadakan dua hari
Vernon berkata upacara persemadian di Nirvana Memorial Park hanya melibatkan ahli keluarga. - Gambar fail/FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Upacara penghormatan terakhir mendiang Datuk Dr Chua Jui Meng akan diadakan selama dua hari bermula esok di Full Gospel Assembly di sini.
Anak lelaki bekas Menteri Kesihatan itu, Vernon Chua, 43, ketika dihubungi Bernama berkata orang ramai boleh melawat dan memberi penghormatan terakhir pada hari berkenaan bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.
"Bapa saya akan disemadikan di Nirvana Memorial Park di Shah Alam pada Khamis, 7 Dis ini, kira-kira pukul 10 pagi," katanya.
Vernon berkata upacara persemadian di Nirvana Memorial Park hanya melibatkan ahli keluarga.
Anak bongsu kepada tokoh politik itu menyifatkan bapanya seorang yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya serta apa-apa kerja diusahakannya dan pemergiannya menjadi suatu kehilangan besar buat seluruh ahli keluarga.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 4.04 petang semalam.
Anak jati Muar, Johor itu antara menteri Kabinet paling lama menerajui Kementerian Kesihatan, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri Kabinet
#meninggal dunia
#ahli keluarga
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan