awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghormatan terakhir jenazah Sultan Azlan Shah bermula 9 pagi

Bernama
Bernama
28/05/2014
23:10 MYT
Penghormatan terakhir jenazah Sultan Azlan Shah bermula 9 pagi
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu
Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Rabu, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.
Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Topic Berkaitan
#Almarhum Sultan Azlan Shah
#Istana Iskandariah
#Kuala Kangsar
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan