awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU sebelum dihantar ke kampung halaman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2025
09:37 MYT
Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU sebelum dihantar ke kampung halaman
Penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam. - Gambar/ PDRM
TELUK INTAN: Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampam, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam ini.
“Semua mangsa ini, selepas dibedah siasat, (yang beragama Islam) akan disembahyangkan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan.
“Seterusnya jenazah akan dibawa ke Markas Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan di Sungai Senam untuk penghormatan terakhir oleh unitnya
“Selepas itu jenazah akan dibawa ke kampung halaman masing-masing,” katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, hari ini.
Perkembangan nahas trak FRU
Menurutnya, tujuh daripada mangsa itu beragama Islam manakala dua lagi bukan beragama Islam.
Noor Hisam mengesahkan sembilan anggota yang terkorban ialah Sarjan S. Perumal, 44: Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit a/l Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.
Kesemua mereka adalah orang Perak, kecuali Konst Akmal Wafi yang beralamat di Lunas, Kedah.
Topic Berkaitan
#kemalangan FRU
#identiti mangsa
#penghormatan terakhir
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan