KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular 70-an Hail Amir menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepadanya yang membawa gelaran Datuk, merupakan satu pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun menghambakan diri dalam dunia seni tanah air.
Beliau yang popular dengan lagu "Wajah Kesayangan Hamba" itu berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan dan ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat setianya selama ini.
"Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Karier seni Hail bermula sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an.
Beliau kemudian ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya "Jiwa Remaja" di samping Uji Rashid dan Datuk Yusof Haslam. Antara filem lain yang dilakonkannya ialah "Menanti Hari Esok", "Ribut Barat" dan "Anita Dunia Ajaib".
Bakat beliau dalam bidang seni suara pula dikesan oleh komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab sehingga lahirnya lagu popular "Wajah Kesayangan Hamba".
Bapa kepada empat cahaya mata berasal dari Pulau Pinang itu kini masih aktif memenuhi undangan nyanyian.
Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Hail telah menghasilkan 12 album selain turut terkenal dengan nyanyian bersama rakan duetnya, Uji Rashid.
Antara lagu popular pasangan duet itu ialah "Menunggu Nasi Minyak", "Antara Matamu dan Mataku", "Asmara Bergelora" dan "Seloka Hari Raya".
Pada istiadat di Istana Negara pagi tadi, Hail bersama 58 individu lain menerima darjah kebesaran PMW yang membawa gelaran "Datuk" sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022.
Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly dan bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk kepada penyanyi tersohor tanah air Datuk Abdul Hail Amir. - Foto BERNAMA
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.
PM gesa tindakan global henti pembunuhan di Palestin
Perdana Menteri menegaskan perlunya tindakan tegas global, terutama dari Barat, hentikan jenayah perang Israel terhadap Palestin dan mendesak perubahan pendekatan Amerika.
Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
Cuaca panas ekstrim di California terus meruncing
Cuaca panas melampau di Modesto, California memaksa pemilik anjing mengatasi situasi itu dengan membawa haiwan peliharaan mereka ke taman dan berkumpul di tempat teduh pada Rabu.
Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran bahawa terdapat haba yang berlebihan untuk bandar itu dan lain-lain di wilayah Lembah Tengah minggu ini.
Agensi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran bahawa terdapat haba yang berlebihan untuk bandar itu dan lain-lain di wilayah Lembah Tengah minggu ini.
Boeing Starliner akhirnya berjaya dilancarkan dengan kru ke ISS
Kapsul Starliner dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida menggunakan roket Atlas V oleh United Launch Alliance (ULA).
Man Utd umum senarai pemain dikekalkan, Mason Greenwood bakal kembali
Manchester United lakukan rombakan sambil mengeluarkan senarai pemain yang akan dikekalkan bersama kelab itu termasuk penyerang muda, Mason Greenwood.
Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan esok
Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan.
Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum
Tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
Polis giat buru individu terlibat kes samun bersenjata di Tanjong Malim
Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam siri kejadian samun bersenjatakan parang di kawasan perumahan di Tanjong Malim.
AWANI Ringkas: Paynet sedang rancang perkongsian dengan BC Card
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Suatu hal yang istimewa mengenai Hail Amir ialah beliau tidak pernah sesekali lupa menghargai komposer dan penulis lirik, kata Chuari.
Pertemuan bersama Hail di HKL detik terakhir - Salwa
Salwa berkata walaupun hadir pada bukan waktu melawat, beliau bersyukur urusan untuk melawat Hail telah dipermudah.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Pengiktirafan terindah sepanjang lebih 50 tahun dalam dunia seni - Hail Amir
Datuk Hail Amir berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan dan ingin berkongsi kegembiraan dengan peminat setianya selama ini.
Susut 30kg sejak hidap penyakit jantung, Hail Amir beransur sihat
Penyanyi veteran, Hail Amir mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram selepas menghadapi masalah jantung sejak tahun lalu.