PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pengisian program Rakan Muda dijadikan agenda nasional, dengan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan waktu lapang golongan belia diisi dengan aktiviti bermanfaat.
Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan integrasi nasional dan perpaduan kaum.
Ahmad Zahid berkata beliau menekankan perkara itu, susulan penurunan skor Indeks Belia Malaysia daripada 48.49 peratus pada 2021 kepada 42.43 peratus pada 2022.
"Penurunan skor ini menunjukkan bahawa belia kurang terlibat dengan aktiviti semasa waktu lapang. Jika perkara ini tidak diatasi, dikhuatiri belia melakukan perkara tidak berfaedah dan menjadi punca kepada kebejatan sosial," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil 1/2024 di Parlimen, hari ini.
Bagi pelaksanaan program Rakan Muda 2023, Ahmad Zahid berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mencapai penyertaan melebihi sasaran awal satu juta, dengan penyertaan seramai 1.11 juta peserta melalui 4,132 aktiviti.
Beliau berkata penyelarasan yang lebih baik antara kementerian dan agensi diperlukan, bagi memastikan semua data program serta penyertaan program Rakan Muda dapat disatukan, untuk mencapai sasaran penyertaan secara fizikal dan digital sebanyak 11 juta tahun ini.
Ahmad Zahid berkata beliau turut mengambil maklum mengenai pelbagai isu yang dihadapi golongan belia dan memerlukan intervensi serta pelan pemerkasaan yang holistik, melibatkan sektor ekonomi serta sosial yang berpacukan data belia.
Beliau berkata antara isu yang dihadapi golongan belia ialah peluang pekerjaan, penyalahgunaan dadah, pornografi, buli siber, kesihatan mental, kewangan, kenegaraan dan demokrasi.
Berkongsi antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata Majlis Belia Malaysia (MBM) perlu mengambil langkah progresif, untuk menjayakan penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 (Akta A1602) pada 1 Jan 2026, terutamanya memastikan berlaku peralihan transisi kepimpinan pertubuhan belia.
Beliau berkata mesyuarat turut mengenal pasti intervensi strategik, bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan belia melalui pembangunan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia, yang akan dilancarkan pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 yang dijadualkan disambut pada Mei ini di Melaka.
Bagi menyokong ekonomi Gig pula, Ahmad Zahid berkata Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah memperluaskan skop melalui penambahan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Gig, bagi lapan bidang kursus termasuk penawaran kursus kemahiran berorientasikan elemen sukan.
Beliau berkata kursus berkenaan menyasarkan penyertaan 2,100 pelajar TVET ILKBS dan 3,300 pekerja Gig.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Ahmad Zahid (foto) berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan integrasi nasional dan perpaduan kaum. -Gambar fail/Bernama
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.