awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengisytiharan insiden MH370 adalah satu kemalangan dipersetujui China, Australia - Liow

Bernama
Bernama
29/01/2015
13:33 MYT
Pengisytiharan insiden MH370 adalah satu kemalangan dipersetujui China, Australia - Liow
LIOW: Pengumuman itu dibuat bagi membolehkan keluarga penumpang dan kru MH370 meneruskan kehidupan mereka. - Gambar Fail
Pengisytiharan bahawa insiden pesawat MH370 adalah satu kemalangan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia, China dan Australia.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengumuman itu dibuat bagi membolehkan keluarga penumpang dan kru MH370 meneruskan kehidupan mereka.
"Ini adalah satu ketika yang getir untuk waris penumpang dan kru. Ingatan dan doa saya serta rakyat bersama kamu pada saat kesusahan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Petang tadi, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam siaran televisyen secara langsung mengisytiharkan insiden MH370 adalah satu kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan kru di dalamnya dianggap mati.
Namun, Liow berkata pengumuman itu tidak memberi kesan kepada operasi pencarian.
"Pencarian akan diteruskan. Kerajaan Malaysia, China dan Australia masih terus komited kepada pencarian yang berterusan," katanya.
Berkenaan operasi mencari, Liow berkata baru-baru ini Malaysia telah menghantar aset tambahan di kawasan pencarian.
Empat kapal, termasuk Fugro Supporter yang telah tiba untuk membantu pencarian di dalam air kini menyertai pencarian itu.
Beliau berkata laman sesawang MH370 telah dipertingkatkan dan kini mengandungi seksyen khas untuk para waris.
Liow juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China dan Australia termasuk juga negara dan individu yang menghulurkan bantuan mereka dalam insiden itu.
"Malaysia sangat terhutang budi kepada setiap negara dan individu yang telah membantu kami. Kami mengucap terima kasih di atas sokongan semasa satu daripada tempoh yang amat mencabar dan menyukarkan dalam sejarah penerbangan," kata beliau.
Topic Berkaitan
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#China
#Indonesia
#Liow Tiong Lai
#Malaysia
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan