awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen
MALAYSIA
Peluasan SST: Beri tumpuan kepada kesan tak langsung - Penganalisis
MALAYSIA
RUU Pekerja Gig dibentang di Parlimen pada Ogos atau September ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian di Perlis terlalu rendah

Bernama
Bernama
01/07/2025
10:45 MYT
Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian di Perlis terlalu rendah
Hanya 399 golongan muda berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian daripada jumlah keseluruhan 18,839 individu yang direkodkan menyertai sektor berkenaan di Perlis. - Gambar hiasan
KANGAR: Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian di Perlis masih terlalu rendah sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian sektor itu pada masa depan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Ringkasan AI
  • Hanya 399 golongan muda berumur 1530 tahun terlibat dalam sektor pertanian di Perlis daripada 18,839 individu, menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian sektor tersebut.
  • Ketua Perangkawan mencadangkan penggunaan teknologi seperti dron, automasi dan sistem tanaman pintar bagi menarik minat generasi muda serta membantu kerajaan merangka dasar dan insentif bersesuaian.
  • Pada 2023, sektor pertanian Perlis mencatat nilai jualan RM584.8 juta, dengan subsektor tanaman menjadi penyumbang terbesar, diikuti perikanan, ternakan dan akuakultur.

Beliau berkata berdasarkan dapatan Banci Pertanian 2024, hanya 399 golongan muda berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian daripada jumlah keseluruhan 18,839 individu yang direkodkan menyertai sektor berkenaan di negeri ini.
"Ini satu realiti yang perlu kita terima. Memang jumlah golongan muda yang terlibat dalam pertanian sangat rendah berbanding mereka yang berusia. Tetapi sektor ini masih ada potensi besar jika kita dapat tarik lebih ramai anak muda dengan penggunaan teknologi seperti automasi dan dron," katanya kepada pemberita selepas majlis peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Perlis di sini hari ini.
Peluncuran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Perlis Razali Saad.
Mohd Uzir berkata data yang lebih terperinci daripada dapatan banci pertanian itu dilihat boleh membantu kerajaan negeri dan agensi berkaitan merangka dasar selain insentif bersesuaian dan program lebih bersasar dalam usaha mendepani cabaran menarik minat golongan muda terhadap sektor itu.
Beliau berkata teknologi pertanian seperti penggunaan dron, automasi dan sistem tanaman pintar perlu dipergiatkan bagi menjadikan sektor berkenaan lebih menarik kepada generasi muda.
Sementara itu, Razali berkata sektor pertanian di Perlis merekodkan nilai jualan sebanyak RM584.8 juta pada 2023 dengan subsektor tanaman menjadi penyumbang terbesar yang mencatatkan nilai jualan RM276.7 juta, diikuti subsektor perikanan (RM159.6 juta), ternakan (RM114.6 juta) dan akuakultur (RM6.6 juta).
"Daripada jumlah keluasan bertanam 58,500 hektar, sebanyak 95.6 peratus diusahakan oleh individu manakala selebihnya oleh pegangan pertanian pertubuhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#bidang pertanian
#golongan muda
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami