awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengorbanan rakyat bantu kejayaan kerajaan urus masalah COVID-19 - Muhyiddin

Bernama
Bernama
30/07/2020
10:55 MYT
Pengorbanan rakyat bantu kejayaan kerajaan urus masalah COVID-19 - Muhyiddin
Muhyiddin (lima, kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir, Mohd Azali Rahmat (depan, dua kanan) pada majlis Penyerahan Lembu Korban di Bukit Gambir pada Khamis. - Gambar BERNAMA
Semangat dan pengorbanan rakyat Malaysia telah membantu kejayaan kerajaan dalam mengurus pelbagai masalah berkaitan dengan penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, dalam usaha menghadapi cabaran wabak COVID-19, rakyat sedia berkorban dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial selain mengelak daripada keluar dari rumah.
"Penting bagi kita untuk mengingati bahawa masalah COVID-19 masih belum dapat kita atasi ... sehinggalah kita ketemukan vaksin penyakit ini, keadaan kita masih belum selamat lagi. Situasi kita sekarang terkawal tetapi masih ada peningkatan (jumlah jangkitan).
"Kita diiktiraf antara negara terbaik (menangani COVID-19) kes kematian (akibat COVID-19) antara terendah di dunia ... tetapi dalam kita hendak mencapai kejayaan dalam menangani penyakit ini maka pengorbanan itu adalah suatu yang wajib kita lakukan," katanya di Bukit Gambir di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Hari Raya Aidiladha Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Masjid Jamek Kampung Parit Zing, Bukit Gambir, di sini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#COVID-19
#hari raya
#kerajaan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#penjarakan sosial
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan