KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar memilih aliran sains di peringkat menengah.
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anuar Ahmad berkata, asas yang tidak kuat menyebabkan ramai murid menganggap mata pelajaran berkenaan susah sekali gus mengikis minat mereka dalam sains dan matematik.
Beliau berkata kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tidak menarik, mengutamakan sasaran markah serta mendapat jawapan betul dan tepat, menyebabkan murid sekolah rendah 'takut' dengan kedua-dua mata pelajaran itu.
"Murid sekolah rendah yang berumur tujuh hingga 12 tahun ini akan rasa belajar sains dan matematik sangat susah dan tertekan.
"(Kalau terus dapat jawapan) ...itu bukan sains. Itu adalah satu bentuk hafalan. Sains adalah proses cubaan, pemerhatian dan ujian," katanya kepada Bernama dengan memberi contoh Thomas Alva Edison yang beberapa kali gagal dalam cubaannya sebelum berjaya menghasilkan mentol lampu.
Anuar berkata silibus pembelajaran sains dan matematik ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikatakan terlalu banyak turut menjadi faktor penyumbang kedua-dua mata pelajaran itu kurang diminati di peringkat sekolah rendah.
Menurutnya, murid di peringkat sekolah rendah sepatutnya tidak dibebani dengan silibus yang banyak sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti eksplorasi dan pemerhatian di luar bilik darjah.
Selain itu, Anuar berkata keperluan guru yang terpaksa menghabiskan silibus pembelajaran juga boleh menjadi punca murid tidak berminat dengan mata pelajaran sains dan matematik khususnya bagi mereka yang lemah dalam pembelajaran.
"Kadang-kadang ada murid belum memahami sepenuhnya apa disampaikan tetapi guru tidak mempunyai masa untuk menunggu ataupun memastikan mereka benar-benar faham, dan guru terpaksa masuk topik seterusnya sebab mereka perlu mengejar silibus.
"Akhirnya, ramai murid ketinggalan dari segi memahami maksud dan tujuan sesuatu fenomena sains yang mereka pelajari," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata KPM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik.
Hasil kajian Persatuan STEM Nasional (NSA) mendapati hanya 19 peratus pelajar memilih aliran sains sejak 2020.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata silibus memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran sains, teknologi, dan matematik (STEM).
Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada guru yang menyatakan mereka terpaksa mempercepatkan sukatan pembelajaran kerana kesuntukan masa.
"Saya rasa perkara itu (silibus pembelajaran STEM) dalam perhatian KPM dan saya yakin ia dalam proses untuk ditambah baik supaya stigma STEM sukar, boleh dihapuskan apabila KPM membuat pelarasan terhadap sukatan pelajaran itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Asas yang tidak kuat menyebabkan ramai murid menganggap mata pelajaran berkenaan susah sekali gus mengikis minat mereka. - Gambar hiasan
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah tawar suapan kepada polis
Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 kepada anggota polis pada Januari lalu.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Tidak adil desak Hannah letak jawatan
Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Hannah Yeoh meletak jawatan bersifat tidak adil.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
[TERKINI] Tiga kereta rosak dihempap pokok
Tiga kereta rosak dihempap pokok ketika hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa.
SPRM dan peguam capai persetujuan tempoh
SPRM setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Karnival Sandakan gabung keunikan pelbagai etnik di Sabah
Penglibatan beberapa kaum etnik dalam Karnival Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Sandakan 2024 menjadi landasan terbaik mengukuhkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Perkukuh STEM dan TVET, lahir lebih ramai pemimpin dalam kalangan warga teknikal
Minat generasi baharu dalam bidang teknikal terutamanya kejuruteraan perlu dipupuk, sekaligus membuang persepsi negatif yang melingkarinya.
Keputusan SPMU akan diumumkan 19 Oktober ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun ini akan diumumkan pada 19 Oktober 2020 (Isnin).
Dr Mahathir harap kerajaan tidak gugur cadangan PPSMI
Cadangan tersebut dikemukakan Dr Mahathir ketika beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan sementara, sebelum ini.
Anak Dungun tempa kejayaan sehingga ke PBB
Salmaan Hussain merupakan satu-satunya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB sejak tahun 2012.
Belum buat keputusan dah bocor, PPSMI sebenarnya masih dalam pertimbangan - Tun Mahathir
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.
Pelaksanaan PPSMI perlukan masa 5 hingga 10 tahun - Pakar akademik
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diberi masa agar pelaksanaannya akan menepati objektif dasar tersebut.
Perbincangan PPSMI masih di peringkat awal - Dr Wan Azizah
Perbincangan untuk pelaksanaan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih di peringkat awal.
KPM akan bincang pelan pelaksanaan PPSMI - Teo Nie Ching
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, setakat ini PPSMI dilaksanakan secara dwibahasa di lebih 2,000 buah sekolah seluruh negara.
PPSMI dasar yang gagal, merugikan anak-anak kita - Khaled Nordin
Cadangan melaksanakan semula PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan untuk tampil dengan dasar yang segar dan baharu, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dasar PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara - PM
PPSMI telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 2002, sebelum mula dilaksanakan secara penuh di seluruh negara pada 2008.