PUTRAJAYA: Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata Op Jamin yang bermula sejak 7 Julai lepas telah melakukan 37 pemeriksaan membabitkan 2,322 premis kilang, borong dan runcit di seluruh negara, dengan 142 aduan diterima melibatkan isu bekalan serta harga beras.
"Antara aduan yang banyak diterima adalah berkaitan jurang harga yang sangat tinggi antara beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI).
"Ini menyebabkan peniaga dan pengusaha kedai makanan beralih kepada BPT sebagai pilihan beras yang murah hingga menyebabkan bekalan BPT kurang di pasaran, lebih-lebih lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini.
Pada 7 Julai lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bekerjasama bagi menjalankan Op Jamin bertujuan menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.
Ahmad Zahid berkata pada mesyuarat itu, beliau turut berpandangan bahawa stok penimbal beras negara hanya perlu digunakan bersama stok beras semasa sekiranya situasi bekalan beras dalam negara tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa terdekat.
"Saya juga menegaskan agar gerakan bersepadu rentas kementerian terus dilaksanakan khususnya Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI dan MyGrocer@Wilayah dan diperluaskan di peringkat Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di setiap negeri," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Katanya, pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan telah dijalankan kerajaan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan yang menyaksikan unjuran tambahan BPT sebulan sebanyak 23,000 tan metrik.
Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) juga telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beras di kawasan yang mengalami gangguan dan melancarkan talian hotline bagi pengguna melaporkan isu serta masalah berkaitan bekalan serta penyelewengan beras.
Mengenai bekalan ayam dan telur ayam, Ahmad Zahid berkata KPKM telah diarah agar jaminan terus diberikan bagi ketersediaan bekalan dan kestabilan harga ayam dan telur ayam di peringkat ladang untuk memastikan keberadaan bekalan itu di peringkat borong serta runcit.
"KPDN juga akan memastikan kekerapan pemantauan penguatkuasaan terhadap harga dan bekalan sepanjang masa," katanya.
Menerusi mesyuarat itu juga, Ahmad Zahid berkata beliau turut mencadangkan semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) khususnya Lembaga Kemajuan Wilayah untuk memulakan penanaman kekacang (legum) bagi mengurangkan kos import makanan ayam.
Menurutnya, cadangan berkenaan telah dibincangkan di Sabah dan Sarawak untuk tujuan penggunaan tanah negeri dan telah dipersetujui untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar KPKM bagi memastikan harga dan bekalan ayam sentiasa stabil.
Legum merupakan tumbuhan dari kumpulan Fabaceae atau buah yang tumbuh secara agrikultur. Ia digunakan sebagai makanan manusia, ternakan dan baja hijau untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Kerajaan mengumumkan telah membelanjakan kira-kira RM3.77 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan dan harga ayam dan telur ayam kekal stabil bagi tempoh 2022 hingga 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 5 bagi tahun 2023 di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.

Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola yang cekap - PM
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar

Ahmad Zahid tidak sabar kembali bertugas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.

'Tahap kesihatan Zahid bertambah baik' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat.

Keadaan kesihatan Ahmad Zahid baik - Anak
Keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.

Risiko banjir: Ahmad Zahid gesa penduduk ambil langkah sewajarnya, patuh arahan pihak berkuasa
Ahmad Zahid menggesa semua penduduk mengambil langkah pencegahan sewajarnya susulan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk.

Rayuan Ahmad Zahid bebas rasuah VLN Mac tahun depan
Prosiding rayuan keputusan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Mac tahun depan.

Pelaksanaan sistem amaran awal banjir panduan pindah penduduk lebih awal - TPM Zahid
Pelaksanaan sistem amaran awal banjir merupakan panduan untuk memindahkan penduduk di kawasan terjejas lebih awal sebelum berlaku luruan hujan luar biasa pada Monsun Timur Laut (MTL).

PRK Kemaman: BN sedia hadapi sesiapa sahaja - Ahmad Zahid
BN sedia berhadapan sesiapa sahaja yang dicalonkan parti lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu.

PRK: Kemaman bukan kubu kuat Pas - Zahid
BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK 2 Dis ini, kerana kawasan itu adalah kubu kuat UMNO dan bukannya Pas.

Raja Mohamed Affandi diumum calon BN bagi PRK Kemaman
Bekas Panglima ATM Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.