KUALA LUMPUR: Lapan daripada sembilan lokaliti yang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini terletak di Sabah.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein hari ini:

1. 9 lokaliti diarah menjalani PKPD bermula 16 Ogos sehingga 29 Ogos 2021.

2. PKPD Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan sehingga 28 Ogos 2021.

3. Gagal patuh SOP, 96 kilang dan premis perniagaan diarah tutup oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

4. 149 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala 6 individu lagi direman.

5. Op Benteng: 4 PATI ditahan, 4 kenderaan darat dirampas.