awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
Jabatan Imigresen tegas banteras amalan 'duit kopi' di pintu masuk negara - KP
Indonesia sambung SAR puluhan mangsa hilang dalam insiden tanah runtuh di Bandung Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengukuran meter daerah antara Langkah PAIP turunkan kadar NRW - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
08/12/2025
05:00 MYT
Pengukuran meter daerah antara Langkah PAIP turunkan kadar NRW - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, DMA dan PMA turut boleh membantu mengesan kebocoran air dengan lebih efisien. - Gambar Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW), termasuk membina pengukuran meter daerah (DMA) dan kawasan pengurusan tekanan air (PMA).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, DMA dan PMA turut boleh membantu mengesan kebocoran air dengan lebih efisien.
Beliau berkata, antara langkah lain dilaksanakan PAIP ialah menukar paip usang sepanjang kira-kira 574 kilometer secara berfasa hingga 2030 dengan jumlah kos dianggarkan RM450 juta membabitkan keseluruhan daerah di negeri ini.
"Ini semua usaha yang kita buat dari semasa ke semasa, cuma tidak dapat dibuat secara serentak. Komitmen kita untuk menyelesaikan masalah air di Pahang bermula 2018 dan kini mula menampakkan hasil, fasa seterusnya ialah mengurangkan NRW," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Su Keong Siong (PH-Ketari) yang ingin tahu strategi atau pelan kerajaan negeri melibatkan pengurangan NRW pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata, selain pembiayaan dalaman PAIP, kerajaan negeri turut menerima peruntukan sebanyak RM313 juta dalam bentuk geran daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi program NRW.
Beliau berkata, faktor berlakunya NRW di Pahang antaranya berpunca daripada paip yang usang selain berlaku kecurian air.
"Untuk mengesan air hilang agak susah juga kerana meter yang panjang, sebab itu kita ambil tindakan proaktif pasang DMA dan PMA," katanya.
Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut turun padang bagi melihat sendiri masalah bekalan air.
"Kita tanya rakyat sebab nak maklum balas, setakat ini semua cakap bertambah baik. Sekiranya ada masalah tekanan air dan sebagainya, PAIP akan ambil tindakan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAIP
#NRW
#meter daerah
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan