Perdana Menteri menyifatkan pengundi Cina telah tertipu dengan pembangkang yang berjanji untuk mengubah kerajaan jika mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, janji pembangkang itu mustahil kerana pertukaran kerajaan tidak boleh berlaku tanpa mendapat persetujuan bersama Bumiputera dan kaum lain.
``Ini satu satu penipuan yang besar kepada Cina sehingga mereka betul-betul yakin bahawa undi mereka boleh ubah kerajaan kepada pembangkang.
``Ini serupa janji 16 September yang lalu, ini storyline tidak betul, banyak yang ditokok tambah dan yang direka cerita,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas perjumpaan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Tambah Najib, banyak isu yang tidak masuk akal disebar pembangkang dilihat cuba meracuni fikiran rakyat.
Katanya, jika sokongan pengundi Cina meningkat kepada 25 peratus, tidak mustahil BN dapat memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU ke-13.
``Kita kurang kerusi,hanya 133, ini sebab pembangkang menipu Cina. Jika tidak kemenangan dua pertiga sudah menjadi milik BN,'' ujarnya.
Tegasnya, banyak contoh-contoh yang diberi pembangkang untuk membuktikan BN cuba memutar belit undi pada PRU ke-13 disifatkan tidak masuk akal.
``Semua tidak logik. Ada kata BN bawa 40,000 warga Bangladesh dengan kapal terbang jumbo. Jika satu kapal terbang boleh muat 400 orang, ada sesiapa nampak kita bawa sampai 100 kapal terbang untuk bawa pengundi ini?'' ujarnya
Ketika ditanya reaksi pembangkang terutama ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh menerima kekalahan pada PRU ke-13, Najib berkata;
``Dia pertikai peringkat nasional, yang anehnya di peringkat negeri dia terima pula, malah dia sudah angkat sumpah di Kelantan, Penang dan Selangor. Kenapa nak terima peringkat negeri, tak logik,'' jelasnya.
Pada PRU ke-13, MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 89 yang dipertandingkan.
Ia pengurangan ketara berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU ke-12.
Wan Syamsul Amly
Tue May 07 2013
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).