awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung cemas, wanita warga emas rempuh pam minyak

Raffi Bachik
Raffi Bachik
17/03/2018
10:45 MYT
Pengunjung cemas, wanita warga emas rempuh pam minyak

Pengguna yang ingin mengisi minyak di Stesen Minyak di Ayer Molek, Melaka gempar apabila sebuah kereta merempuh satu pam minyak lalu menghempap sebuah kenderaan lain, tengah hari tadi. Insiden itu berlaku gara-gara tindakan seorang wanita warga emas yang menekan pedal minyak kereta tanpa sengaja lalu pam minyak yang dirempuh itu terbalik lalu menghempap sebuah kenderaan lain dalam kejadian pukul 12 tengah hari ini.

Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 12.13 tengah hari sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Katanya, setiba sahaja tiba, anggota bomba mendapati sebuah kereta Honda City dihempap pam minyak tetapi tiada mangsa yang cedera. Difahamkan, kejadian berlaku apabila wanita warga emas yang memandu kereta Jenis Proton Saga dipercayai tertekan pedal minyak lalu merempuh pam berkenaan. Jelasnya, ketika kejadian wanita berkenaan bersama anaknya berusia lingkungan 20-an ke pam minyak tersebut untuk mengisi petrol. Ketika itu beberapa pelanggan lain sedang mengisi petrol, manakala warga emas terbabit menunggu di dalam kereta sementara anaknya membuat pembayaran di kaunter. “Wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak sehingga merempuh pam dihadapannya sehingga terbalik dan menghempap kereta lain di pam sebelah,” katanya. Menurutnya, pihak bomba kemudian mengalihkan kenderaan terbabit dan menutup saliran pam bagi mengelakkan minyak melimpah keluar.

Topic Berkaitan
#Alias Ahmad
#Ayer Molek
#Gempar
#Honda City
#Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil
#Melaka
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan