awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung kawasan riadah diarah beredar jika vaksin tidak lengkap - Bukit Aman

Bernama
Bernama
16/09/2021
15:45 MYT
Pengunjung kawasan riadah diarah beredar jika vaksin tidak lengkap - Bukit Aman
Polis telah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai bagi memastikan pengunjung lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan patuh prosedur operasi standard (SOP). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mengunjungi kawasan riadah akan diarah untuk beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin, kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff.
Beliau berkata polis telah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai bagi memastikan pengunjung lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan patuh prosedur operasi standard (SOP).
"Sekiranya berdegil, mereka akan diarah beredar dari lokasi itu setelah diberi nasihat oleh polis. Kami faham rakyat tengah tertekan dan dalam menguatkuasakan undang-undang, sifat kemanusiaan itu penting dalam membantu masyarakat," katanya kepada Bernama hari ini.
Mastor juga berkata pemantauan mendapati pengunjung di lokasi riadah agak berkurangan hari ini, yang merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, berbanding pada Sabtu dan Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed pula berkata pihaknya mengeluarkan tujuh kompaun pelanggaran SOP dan 46 saman trafik terhadap pengunjung di kawasan air terjun Sungai Pisang di sini.
"Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada jarak fizikal antara satu sama lain," menurutnya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#kawasan riadah
#vaksinasi
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan