Pengunjung Pantai Klebang teruja terima RM100 daripada individu digelar jutawan

Orang ramai beratur bagi mendapatkan wang RM100 daripada Salim ketika berada di Pantai Klebang. - Gambar Sinar Harian
MELAKA: Pengunjung di Pantai Klebang teruja apabila seorang individu yang digelar sebagai jutawan mengagihkan wang tunai sebanyak RM100 secara rawak kepada orang ramai dalam kejadian yang tular hujung minggu lalu.
Ringkasan AI
- Individu jutawan di Pantai Klebang mengagihkan wang tunai RM100 secara rawak kepada pengunjung, menimbulkan pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
- Pengagihan wang tersebut dilakukan oleh ahli perniagaan, Datuk Salim Abdul Rahman, yang dikenali di TikTok sebagai @ds_sultanpemurah68, disertai oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
- Video tular tindakan pemurah Salim meminta pengunjung melambai untuk menerima sumbangan wang, namun tindakan ini turut mendapat kritikan dan persoalan dari orang ramai mengenai motif sebenar di sebalik pemberian tersebut.
Dalam video itu, Salim dilihat meminta pengunjung melambai ke arahnya dan sesiapa yang berbuat demikian akan menerima wang tunai sebanyak RM100.
Sementara itu, Mohd Sany turut mengingatkan orang ramai yang telah menerima sumbangan tersebut agar tidak mengambil wang itu lebih daripada sekali bagi memberi peluang kepada pengunjung lain.
Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai komen dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang memuji tindakan Salim berkongsi rezeki, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan status pemberian itu serta motif di sebaliknya.
Salim popular di TikTok dengan nama pengguna @ds_sultanpemurah68 dan kini mempunyai lebih 150,000 pengikut.
Sebelum ini, Salim dilihat tidak sehaluan dengan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, serta aktivis politik, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.
Situasi itu susulan beberapa kandungan di media sosial yang menunjukkan mereka saling berbalas sindiran. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


