awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM

Bernama
Bernama
14/01/2025
05:15 MYT
Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Laporan media menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua petugas itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2024. - Gambar fail/SPRM
KANGAR: Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber SPRM wanita berumur lingkungan 30-an itu dilepaskan berikutan perintah reman berakhir hari ini namun pihak SPRM masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.
"Wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM, dan kes ini masih dalam siasatan, setelah siasatan selesai, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan, sama ada dipertuduhkan di mahkamah ataupun tidak bergantung kepada hasil siasatan," menurut sumber itu.
Sumber itu memaklumkan pada masa ini tiada tangkapan baharu berkaitan kes berkenaan.
Pada 8 Jan, media melaporkan SPRM menahan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun selepas mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.
Laporan media menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua petugas itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2024 dan SPRM Perlis turut menyita serta merampas barangan mewah termasuk barang kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang disyaki diperoleh hasil perbuatan terbabit.
Mereka direman empat hari bermula 8 Jan lepas sebelum reman terhadap pengurus akaun itu disambung lagi tiga hari hingga hari ini manakala seorang lagi telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 11 Jan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan pengurus akaun berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengurus akaun
#seleweng wang
#badan berkanun Perlis
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan