awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus ejen insurans rugi RM695,000 angkara pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
26/05/2025
07:45 MYT
Pengurus ejen insurans rugi RM695,000 angkara pelaburan tidak wujud
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki ditipu. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pengurus ejen insurans kerugian RM695,000 akibat terpedaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman Facebook, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita berusia 60 tahun kerugian RM695,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang diiklankan di Facebook.
  • Mangsa membuat 22 transaksi ke pelbagai akaun bank selepas menerima keuntungan awal, namun gagal mengeluarkan wang pelaburan dan keuntungan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki ditipu.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata mangsa wanita berusia 60 tahun itu pada mulanya telah diminta memuat naik satu aplikasi dan mendaftar menggunakan maklumat peribadi sebelum membuat pelaburan pertama RM5,000.
"Mangsa seterusnya menerima keuntungan awal RM900 dan mula menambah pelaburan dengan melakukan 22 transaksi berjumlah RM695,000 ke pelbagai akaun bank menggunakan wang simpanan peribadi dan pinjaman daripada rakan.
"Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan semua modal dan keuntungan pada Jumaat lepas dia tidak dapat berbuat demikian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata mangsa merasa curiga dan mengesyaki dirinya ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan tidak wujud
#scam
#Facebook
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami